27 December 2015

Winter Trip 2015 [part 1]

Hi semua,

Pendahuluan
Okay cuti musim sejuk dah bermula. bagi university MHI, cuti start 12 december 2015 dan bertahan sampai 24 januari 2016. Tapi 6 januari sampai 15 januari adalah tempoh semester examination. So bulan December lah waktu paling best nak berjalan musim winter ni walaupun MHI takde la seronok sangat travel waktu winter atas sebab sebab yang tertentu. Sebabnya? yang paling ketara adalah faktor cuaca sejuk; kena balut badan tebal-tebal dan juga waktu siang yang pendek. Yela dah siang pendek, malam pun panjang la, rasa malas je nak berjalan. Tapi bestnya winter boleh la buat aktiviti-aktiviti yang khusus musim sejuk seperti menikmati churos di chirstmas market, ber-ice skating di Eiffel Tower mahupun ber-ski di pergunungan Alps.




Tempoh merancang
Masa nak plan winter trip kali ni punya la cincai. First thing to decide adalah nak pergi mana, dan dengan siapa. Bab nak pergi mana tu paling serabut since MHI tak kesah pun nak pergi mana pun janji keluarlah dari kepompong cuaca British yang sangat pelik ni. pada masa yang sama, MHI dapat crew yang jumlahnya 4 orang. MHI, Emir, Tui dan Greg (seorang budak polish yang pelik). Setelah beberapa kali meeting (amboi meeting), akhirnya kitorang setuju untuk pergi Norway dan Poland. Di Poland, kitorg rancang untuk road trip pusing negara-negara sekitar termasuklah Slovakia, Austria, Germany dan Chezh Republic. Namun hakikatnya, sampailah ke hari sebelum bergerak kemana-mana barulah kitorang tahu mana arah tuju sebenarnya.

Pengembaraan Bermula
Macam biasa, pengembaraan orang kampung aber ni bermula dengan menaiki train yang mengambil masa yang lama, terasa macam nak pergi planet Marikh. Itu pun baru nak pergi London untuk ambil flight dari Stansted tuu.. emmmm.. Train from Aberystwyth to London Euston one way boleh dapat paling murah GBP16.50 advance ticket (semua harga tiket train dinyatakan adalah harga diskaun menggunakan National Rail Railcard). Kitorg gerak hari khamis petang (kelas habis jumaat yaww ini semua kerana nak dapatkan harga flight murah muehhe). Setibanya di London dah malam-malam buta. London underground pun dah tidur tak berfungsi. Maka kami menaiki bas from Euston Station to Toteham Hale station untuk menuju ke rumah kawanku. kebaikan naik bas ni kau dapat jimat la kalau satu journey je (sebab harga GBP1.50 sekali naik) dan boleh pergi mana-mana sampai zone ke sepuluhpun. itu pun kalau ada la. Tapi kalau naik dua bas jadilah GBP3.00. kalau kau naik Tube, contoh kau cross from zone 1 to zone 3 pun dah kena GBP2.8 tak silap (maaf saya bukan budak London)

Tips: Untuk travel di London memerlukan Oyster Card yang boleh didapati di mana-mana station berdekatan. Bas tidak menerima cash (kalau dah emergency boleh try la ride je huhu). untuk dapat diskaun train di UK boleh register Railcard atau boleh check kalau ada harga untuk group. Sangat bagus sebelum masuk ke kota London untuk research pasal transport, network maps, dan lain-lain lagi. 

Keesokan harinya (takdelah tidur mana pun since sampai rumah kawan pun pukul 2 pagi, 5 pagi nak gerak pergi airport dah), kami bangun tidur. dengan tak sempat mandinya, kami pun bersiap sedia untuk ke airport dengan menaiki Train dari Toteham Hale station to London Stansted Airport. train mengambil masa dalam 30 minit ke 45 minit bergantung kepada train mana yang diambil. tiket train berharga GBP12 one way. ya, mahal. huhu..

Tips: kalau ada rumah member kat mana2 jangan malu2 je. kalau malu dengan member boleh try Couchsurfing pula. tapi bagi la something untuk diorang pula. :D transport to airport ada macam-macam cara termasuk bas dan train. tiket boleh jadi lagi murah jika dibeli return (perlu ingat, perancangan terlalu awal akan menjadikan anda tak berapa flexible)

Setibanya di Stansted Airport, maka bermula la proses airport yang sangat melecehkan dan makan masa serta boring. kami akan menaiki flight Ryan Air from London Stansted to Oslo Rygge. harga tiket adalah GBP10 sehala.

Tips: bersedia untuk packing cara nak naik flight (asingkan liquid dan sebagainya). pastikan barang2 tersebut dan elektronik mudah dikeluarkan masa security check. jangan pula serabut di airport. yang penting relax. Namun, untuk mencapai kerelaxan tersebut perlulah sampai airport awal! 2 jam sebelum departure time dah mencukupi. janji sampai je airport terus check in (jika belum check in), print boarding pass ,dan terus masuk dalam security. banyak kes terjadi security check boleh makan masa (ada kes sampai terlepas flight!). Untuk tiket flight murah lagi-lagi Ryan Air, boleh beli awal. perjalanan boleh jadi semurah GBP5 sehala di sekitar laluan terpilih di Eropah!

bersambung.. (penat juga buat blog ni.. lengkali nak bawak laptop travel lahhh..)

5 comments:

Anonymous said...

Salam MHI, saya berminat dengan entri entri MHI, keep up the good work 👍🏻 looking forward for your next post

MHI said...

@anonymous
terima kasih Maza support. huhu

Muteq Chin said...

hazim!!! haha. seronok tak??

MHI said...

Hahaa, hi muteq chin! Lama tak dengar ceritaa

Muteq Chin said...

dua-dua busy kan, boleh buat apa. haha. Aku alhamdulillah, ok je. Boleh survive lagi la. huhu. Ko?

kartikel

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...