29 December 2015

Winter Trip 2015 [part 2]

Sambungan dari part 1..

Setibanya di rygge Airport Oslo pada 11 december 2015, kami terus ke tandas. ya, tandas adalah tempat terpenting untuk singgah sebelum meneruskan perjalanan. sempat la juga gosok gigi bagi segar sikit huhu. Airport Rygge ni kecik je saiz dia. lebih kurang macam airport langkawi. untuk ke Oslo city centre, ada dua pilihan; menaiki bas ataupun train. untuk train, anda perlu menaiki shuttle bus (free) dari airport ke train station. ini kerana train station bagi airport tu tak terletak di airport, tapi di luar airport. dan dari train station tersebut barulah boleh naik train to Oslo city centre. tapi kitorg tak pilih train tapi bas atas sebab sebab tertentu. sebabnya, leceh sebab kena naik shuttle bus untuk ke train station memandangkan bas untuk ke city dah memang ada kat luar airport (shuttle ke train station pun berada di tempat yang sama). kedua, bas memang dah ada, tunggu nak gerak je. so kami pun naiklah bas. tambang nya Kr140 (GBP11.2) sehala yang boleh dibayar pada driver. ini harga student. perjalanan mengambil masa lebih kurang 50 minit. (kalau naik train dalam 45 minit).
ini bukan di Oslo, tetapi Hovet, Norway
setibanya di Oslo city centre dalam pukul 12 tengahari, kami pun ambil masa jalan-jalan di kawasan sekitar. tapi sebelum keluar berjalan, kami survey bas dan train untuk ke airport Torp kerana kami sewa kereta dari sana. lepas dah dapat masa sebenar train untuk ke airport, kami pun keluar berjalan di city. sempat lah juga ke christmas market dan juga beberapa attraction termasuk Palace dia. jujur cakap, Oslo city centre taklah semenarik mana seperti city lain di negara eropah yang lain. selepas puas berjalan, kami pun kembali ke main station, untuk meneruskan perjalanan ke airport Torp. kalini, kami menaiki train kerana tiada servis bas waktu tu (tak pasti sebab apa). harga tiket train Kr195 (harga student) yang juga boleh dibeli di mesin. perjalanan train mengambil masa dalam satu jam setengah. sampai je di destinasi, kami terkejut kerana station tersebut bukanlah di airport tetapi di tengah hutan mana. dengan rasa positif nya, tengok2 rupanya kena naik shuttle bas untuk ke airport. ini kali kedua perasaan agak terkejut di Oslo sebab train station dia tak terus stop di airport tetapi kena naik shuttle bas (free). airport Torp juga saiz dia kecil macam airport Rygge.



Tips: make sure before sampai mana-mana airport survey dulu mode pengangkutan untuk ke city. bandingkan semua mode dan pilih mana yang sesuai dengan anda. jangan lupa juga, untuk guna harga student jika ada. 

Kami mengambil kereta yang telah ditempah di kawasan airport. kereta yang disediakan adalah Volkswagon Golf. ya, kereta yang sangat best untuk dipandu. bukan diesel tetapi petrol so takde la ter effect dengan skandal volkswagon tu huhu. sebelum bergerak sempat la juga selfie sikit-sikit dengan kereta tu. lepas tu kami terus menghala ke tempat penginapan iaitu di Hovet, Norway. untuk kalini, Greg yang memandu, so saya tidur hampir sepanjang perjalanan hinggalah berhenti di persinggahan dan sempat membeli groceries memasak gi kedai KIWI. pemanduan waktu malam menyaksikan landskap waktu malam yang agak kelam sunyi lagi menakutkan. pohon-pohon di selimuti salji seperti kita di dunia yang lain. perjalanan mengambil masa dalam 4 jam. dari Oslo yang tak bersalji tu sampailah Hovet yang bersalji.

Tips: memandu di kawasan bersalji memelukan sedikit kesabaran. pastikan kereta yang digunakan menggunakan winter tyre (check dengan company kereta tersebut). jika perlu, guna tayar yang ada spike. ini bagi memudahkan pendakian bukit yang berais bag mengelakkan tayar licin. memandangkan negara sejuk, memang biasanya windscreen kereta akan diselaputi frost. so sebelum memandu kena bersihkan guna alat yang disediakan atau juga boleh guna heater dalam kereta tapi ambil masa sikit. 

akhirnya sampai juga di Hovet. kami menempuhi jalan salji yang putih melepak yang begitu cantik. tidak ketinggalan juga satu roadblock oleh polis Norway yang sangat baik hati dan friendly. rumah yang kami book terletak di lereng bukit di kawasan Hovet. ya, lereng bukit, kena naik bukit la. masa tu la kami mengalami kesukaran menaiki bukit kerana kereta kami tidak mempunyai spike. lalukami pun tersangkut di pertengahan jalan, tengah malam pulak tu dalam pukul 12 malam. dengan keadaan panik, terus kami call host kami huhu. mujur dia yang sangat baik hati ambil kami di tempat kami tersangkut tu. kami naik kereta suami dia ke rumah penginapan, dan dia pula memandu kereta keluar dari kawasan sangkut tu, dengan skill Norwegiannya tak perlu pun spike tyre. Itulah pengalaman pertama kali kami tersangkut di kawasan bukit berais di Norway. ya, banyak yang kami belajar. pasal tayar la, cara pemanduan di kawasan bersalji serta beberapa skill untuk melepasi bukit atau memandu di kawasan berais. ceh, nampak la macam dah makin pro.

rumah penginapan kami

Malam tu kami sampai di rumah penginapan yang sangat comel di lereng bukit di Hovet. rumah tu sangat selesa dan luas bagi kami berempat. hangat je rasa sebab heater yang memanaskan. lengkap segalanya termasuk dapur dan ruang tamu. rumah ni kami sewa dari airbnb. maka tidurlah malam tu dengan selesanya.....

situasi di ruang tamu rumah penginapan [dari kiri, MHI, Emir, Greg]
Esoknya 12/12/2015, kami bangun pagi-pagi dalam pukul 6. itulah waktu biasa kami bangun jika tengah travel. terus kami siap-siap dan masak untuk makan pagi. masak la nasi dan lauk yang tak seberapa namun mencukupi traveler ni huhu. aktiviti hari ni, adalah Dog sledging. tempatnya adalah di Geilo. Geilo ni jaraknya dalam 40 minit memandu dari tempat kami stay. Geilo ni adalah tempat resort ski yang agak famous di Norway. kiri kanan orang ski. tapi kami tak ski, sebaliknya bermain dog sledging. harganya adalah GBP50 atau KR650 seorang. dapatlah pengalaman bermain dog sledging yang diidamkan. pengalaman tu, memang susah la nak cerita. sebab kena rasa since ni aktiviti merasa dan menikmati huhu.

jalan di kawasan Hovet, Norway
selepas aktiviti dog sledging, kami terus menuju ke salah satu ski resort untuk menaiki lift ke puncak. tiket sekali naik dan turun adalah Kr45. terus kami naik di puncak orang bermain ski tu. kat situ la kami main-main salji dan juga berposing sakan hehe. sambil-sambil tu enjoy la tengok orang main ski. selepas puas enjoy kat atas tu kami pun turun la naik lift balik (orang lain semua turun main ski kami naik lift huhu). sempat juga menjamah fries goreng di salah satu lodge di ski resort berkenaan yang berharga Kr20 bagi mengisi perut sebelum balik ke rumah. malam tu kami masak lagi macam biasa dan tidur..

Tips: sila survey aktiviti apa nak dibuat masa travel tu. sebab masa siang tak panjang waktu winter so kena susun betul-betul aktiviti tu, bagi kami, drive waktu gelap manakala siang waktu buat aktiviti. sesetengah aktiviti terpaksa diubah mengikut keadaan cuaca seperti salji dan sebagainya. macam main dog sledging, jika salji tak tebal, maka dia akan ganti sled tu dengan roda which is bagi saya tak best sangat dengan harga yang dibayar. so beberapa hari sebelum hari tersebut, kami tanya company tersebut pasal cuaca dan aktiviti yang akan disediakan. 
Dog Sledging di Geilo, Norway

selepas aktiviti dog slodging. ya, cuaca sangat sejuk. huhu
di salah sebuah lodge di ski resort Geilo, Norway


bersambung...

No comments:

kartikel

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...