29 December 2015

Winter Trip 2015 [part 2]

Sambungan dari part 1..

Setibanya di rygge Airport Oslo pada 11 december 2015, kami terus ke tandas. ya, tandas adalah tempat terpenting untuk singgah sebelum meneruskan perjalanan. sempat la juga gosok gigi bagi segar sikit huhu. Airport Rygge ni kecik je saiz dia. lebih kurang macam airport langkawi. untuk ke Oslo city centre, ada dua pilihan; menaiki bas ataupun train. untuk train, anda perlu menaiki shuttle bus (free) dari airport ke train station. ini kerana train station bagi airport tu tak terletak di airport, tapi di luar airport. dan dari train station tersebut barulah boleh naik train to Oslo city centre. tapi kitorg tak pilih train tapi bas atas sebab sebab tertentu. sebabnya, leceh sebab kena naik shuttle bus untuk ke train station memandangkan bas untuk ke city dah memang ada kat luar airport (shuttle ke train station pun berada di tempat yang sama). kedua, bas memang dah ada, tunggu nak gerak je. so kami pun naiklah bas. tambang nya Kr140 (GBP11.2) sehala yang boleh dibayar pada driver. ini harga student. perjalanan mengambil masa lebih kurang 50 minit. (kalau naik train dalam 45 minit).
ini bukan di Oslo, tetapi Hovet, Norway
setibanya di Oslo city centre dalam pukul 12 tengahari, kami pun ambil masa jalan-jalan di kawasan sekitar. tapi sebelum keluar berjalan, kami survey bas dan train untuk ke airport Torp kerana kami sewa kereta dari sana. lepas dah dapat masa sebenar train untuk ke airport, kami pun keluar berjalan di city. sempat lah juga ke christmas market dan juga beberapa attraction termasuk Palace dia. jujur cakap, Oslo city centre taklah semenarik mana seperti city lain di negara eropah yang lain. selepas puas berjalan, kami pun kembali ke main station, untuk meneruskan perjalanan ke airport Torp. kalini, kami menaiki train kerana tiada servis bas waktu tu (tak pasti sebab apa). harga tiket train Kr195 (harga student) yang juga boleh dibeli di mesin. perjalanan train mengambil masa dalam satu jam setengah. sampai je di destinasi, kami terkejut kerana station tersebut bukanlah di airport tetapi di tengah hutan mana. dengan rasa positif nya, tengok2 rupanya kena naik shuttle bas untuk ke airport. ini kali kedua perasaan agak terkejut di Oslo sebab train station dia tak terus stop di airport tetapi kena naik shuttle bas (free). airport Torp juga saiz dia kecil macam airport Rygge.

27 December 2015

Winter Trip 2015 [part 1]

Hi semua,

Pendahuluan
Okay cuti musim sejuk dah bermula. bagi university MHI, cuti start 12 december 2015 dan bertahan sampai 24 januari 2016. Tapi 6 januari sampai 15 januari adalah tempoh semester examination. So bulan December lah waktu paling best nak berjalan musim winter ni walaupun MHI takde la seronok sangat travel waktu winter atas sebab sebab yang tertentu. Sebabnya? yang paling ketara adalah faktor cuaca sejuk; kena balut badan tebal-tebal dan juga waktu siang yang pendek. Yela dah siang pendek, malam pun panjang la, rasa malas je nak berjalan. Tapi bestnya winter boleh la buat aktiviti-aktiviti yang khusus musim sejuk seperti menikmati churos di chirstmas market, ber-ice skating di Eiffel Tower mahupun ber-ski di pergunungan Alps.


kartikel

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...