12 July 2015

Jenis Penipuan Di Eropah Terhadap Pelancong

Salam hormat semua,

Umum mengetahui pelancong seringkali dijadikan target ataupun mangsa jenayah ringan ketika melancong di negara orang. hal ini tak terkecuali di seluruh dunia waima di benua eropah, asia, amerika mahupun antartika. Banyak sebab kenapa pelancong dijadikan target, salah satunya kerana pelancong tersebut sudah tentu tidak biasa berada di dalam persekitaran yang berbeza dari tempat asalnya dan hal ini membuatkan mereka agak leka dengan suasana sekeliling dan boleh dikategorikan seolah-olah seperti 'alien' di tempat orang.



Pepatah melayu menyebutkan 'masuk kandang kambing mengembek'. jap MHI tak sure pepatah ni relate ke tak. huhu.. ok apa pun sepanjang pengalaman MHI melancong di benua Eropah sepanjang tempoh belajar di sini, banyak pengalaman yang MHI tempuhi. yang manis, yang pahit, yang masam, semuanya ada. sebelum ni, MHI hanya dengar-dengar tentang kejadian penipuan atau scam di negara orang. kalini MHI sendiri yang perhatikan depan mata, macam-macam langkah orang jahat ni nak buat pasal dengan pelancong. Yang penting kita sebagai pelancong perlulah sentiasa berhati-hati ketika di negara orang. Jangan nak berlagak sangat dan sentiasa berwaspada setiap masa.

Selain jenayah biasa iaitu pickpocket atau penyeluk saku, banyak lagi cara-cara orang jahat ni untuk mengambil kesempatan terhadap para pelancong. Beberapa jenis penipuan yang sering berlaku di Eropah yang sempat MHI saksikan dengan mata kepala MHI sendiri boleh didapati di bawah:



1. Selfie
ketika pelancong sedang leka berselfie berlatarbelakangkan eiffel tower, londen bridge, big ben, anda akan didatangi oleh seseorang yang lengkap berkostum atau make up seolah-olah charlie chaplin. Si charlie chaplin ciplak ini kemudiannya akan offer untuk berselfie dengannya. dengan keadaan leka pelancong dan agak tak mengesyaki apa-apa, mereka akan terjerat dan mereka pun berselfie bersama-sama. perlu diingatkan orang-orang jahat ni akan berpura-pura menjadi sangat-sangat baik. mereka juga akan offer sorang-sorang daripada kumpulan pelancong tu untuk mengambil gambar bersamanya. setelah selesai semua berselfie, kemudian si charlie chaplin ni akan meminta sejumlah wang dan ia sememangnya jumlah yang banyak. waktu ni baru lah pelancong ni akan tersedar yang mereka telah terperangkap. kalau enggan membayar bersedialah didatangi geng charlie chaplin yang lain. waktu ni baru pelancong akan perasan yang rupanya mereka berkerja berkumpulan dan akhirnya anda terpaksa juga bayar.
Kejadian: LONDON
Jenis mangsa: solo/berkumpulan/couple , suka bergambar/selfie



2. Bunga Ros
ketika pelancong sedang berjalan-jalan di bandar-bandar besar, anda akan didatangi seorang perempuan yang memegang sejambak bunga ros. waktu tu ayat yang seringkali digunakan adalah "Rose for you" sambil memberikan sekuntum rose kepada pelancong. selepas pelancong mengambil ros tersebut akhirnya mereka akan dipaksa untuk membayar ros tersebut dengan kadar yang tidak masuk akal. pelancong akan terpaksa membayar dan sekali lagi, enggan membayar anda akan dikerumuni kumpulan mereka.
Kejadian: Manchester, Athens
Jenis mangsa: Solo/couple, sedang berbulan madu atau honeymoon



3. Gelang Persahabatan (friendship bracelet)
ketika berada di tempat yang agak terkenal seperti eiffel tower, gereja-gereja terkenal, akan ada satu kumpulan penjahat ni bergerak secara berkumpulan sekali lagi. mereka seringkali akan berkumpul di pintu laluan masuk atau keluar tempat berkenaan. kebiasaannya tempat tersebut tidak dapat dilihat oleh orang ramai dengan kata lain agak tersorok sikit dari pokok-pokok atau simpang. sewaktu pelancong sedang berjalan untuk ke tempat menarik di situ, mereka akan terpaksa juga menempuhi kumpulan penjahat ni. ketika berdekatan dengan mereka, anda akan didatangi secara baik seperti sapaan mesra, bersalam, mahupun bertanya khabar. mereka bertopengkan kebaikan tapi hakikatnya busukkkkk. selepas menyapa atau sebagai contoh bersalaman, mereka akan terus menganyam gelang di pergelangan tangan pelancong. tindakan mereka sangat pantas yang menyebabkan pelancong tidak sempat berbuat apa-apa. waktu tu jika pelancong nak mengalih diri pun mereka mula berkeras tidak bagi peluang dan terus menganyam. seusai siap iaitu mereka akan ikat mati dan potong hujung tali, waktu tu checkmate. memang dah takleh lari lah. anda kemudiannya akan dipaksa membayar sejumlah wang atas dasar 'perkhidmatan' gelang persahabatan tadi dan juga gelang tersebut agak susah untuk ditanggalkan kerana diikat mati. yang ni memang terpaksa bayar la sebab orang jahat ni dah la berkumpulan. perlu diingatkan jika anda dikenalpasti sebagai seorang islam/muslim, mereka akan menggunakan nama islam untuk membuat kejahatan ni seperti bagi salam, menyatakan kebaikan muslim, menyuruh melihat matanya atas alasan " youre moslim? alhamdulillah now you can see here" sambil menunjuk arah mata (yang ni MHI rasa diorg cuba pukau kot).
Kejadian: Paris
Jenis mangsa: solo/couple/berkumpulan kecil, bertubuh kecil, muslim



4. Peta
pelancong akan didatangi seseorang dengan membawa sekeping peta besar. orang tersebut akan berpura-pura seperti pelancong dan buat-buat bertanya anda tentang arah tuju. waktu tu kita yang baik hati ni pun relakan diri untuk membantu 'pelancong' tersebut. dengan membuka peta yang agak besar di depan anda, dan fokus untuk mencari arah tuju tu, anda akan tidak perasan yang ada lagi sorang datang dan akan mengambil barang anda contohnya bag. lepas bag dah diambil si 'pelancong' tu pun beredar samada kita telah jumpa arah tuju mahupun belum. waktu tu kita tak perasan lagi pasal beg so tak sempat nak kejar balik si penjahat tu.
Kejadian: Eropah
Jenis mangsa: solo/berkumpulan kecil/couple, mempunyai banyak barang peribadi seperti beg



Kesimpulan yang dapat MHI bagi kat sini, ketika kita sedang melancong tu, ingatlah, sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga. Tips untuk mengelak terkena tipu ketika melancong:
1. sentiasa berwaspada dan peka keadaan sekeliling
2. jika bergerak berkumpulan, sentiasa melekat sesama sendiri, elak berpecah
3. kenali beg beg dan barangan peribadi masing-masing termasuk travel partner anda
4. sentiasa berburuk sangka terhadap orang lain (ingat, tak semua orang baik di bumi ini)
5. elak menolong orang yang mencurigakan seperti menolong ambil gambar, tolong itu tolong ini
6. sentiasa perhatikan barang peribadi.
7. jangan leka membaca map, bermain phone ketika di tempat awam. (kalau ye pun sakan nak update instagram pastikan bukan semua orang serentak tengok phone)
8. jangan terima apa-apa pemberian orang walaupun dikatakan percuma
9. letak dompet di tempat selamat (dalam jaket)
10.
Kalau anda mampu ikut tips ini insyaallah semuanya akan selamat.

Ps: sesiapa yang planning nap menacing tu MHI ucapkan selamat melancong dan berhati hatilah di jalan raya. uhu..

No comments:

kartikel

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...