06 July 2015

Buat PASSPORT di Putrajaya hanya SEJAM

Assalamualaikum dan salam satu malaysia.

Dalam post pertama buat era pemulihan blog ini, MHI nak share masa MHI buat passport di putrajaya pada tahun lepas iaitu 12/6/2014. pada zaman tu, MHI telah mendapat khabar berita baik iaitu MHI telah diterima untuk menyambung belajar di United Kingdom. Oleh itu, banyak persiapan yang perlu MHI lakukan sebelum berlepas ke tanah negara penjajah itu.

salah satu persiapannya sudah tentu membuat passport malaysia. masa dapat berita untuk sambung belajar di luar negara, mula la MHI dah terpikir, "eh dulu pernah buat passport dah". maka dibelek-beleknya lah peti besi kat rumah ni. lalu terjumpa la passport MHI zaman bila tah pun tak tahu. dulu dah pernah dah buat passport tapi zaman penjajahan jepun dulu. memang gunanya pun sekali je masa pergi jepun dulu tahun 2008. so memang dah tentu la tamat tempoh passport tu setelah berapa tahun. maka MHI pun membuat keputusan untuk membuat passport baru di Putrajaya.

passport malaysia

Harinya telah tiba untuk buat passport. MHI bangun seawal 6 pagi. cita-cita untuk mendapatkan angka giliran nombor 1 di pejabat kerajaan dari dulu masih belum tercapai. lepas bersiap-siap tu, dalam pukul 7.30 pagi dah gerak ke pejabat passport presint diplomatik. sampai-sampai MHI sangat-sangat terkejut. "MANA OFIS IMEGRESEN?". MHI tengok ofis imegresen di presint diplomatik hanya tinggal bangunan kosong. rupanya ada tampal notis kat pintu yang tertulis "PEJABAT IMEGRESEN BAHAGIAN PASSPORT TELAH BERPINDAH KE PRESINT 3".





Pada saat itu barulah MHI tahu pejabat imegresen bahagian passport dah berpindah. yela mana la MHI sangka sebab sebulan sebelum tu MHI baru tolong hantar adik untuk buat passport di presint diplomatik tu. tuptup sebulan lepas tu masa MHI nak buat passport tgk pejabat dah kosong tu terkejut sikit. hehe. dengan perasaan agak hampa, MHI meneruskan perjalanan ke presint 3 Putrajaya. makan tercarik-cariklah juga mana pejabat passport baru ni. dengan menggunakan kuasa yang MHI ada, MHI dapat menjejaki pejabat baru. ianya di Menara IKHLAS presint 3 putrajaya.

Ha, mesti yang tak tahu ni akan menggerutu kepala. kat mana lah agaknya menara ikhlas ni. sebenarnya MHI yang duduk putrajaya ni pun baru tahu nama menara ikhlas ni. rupanya dia menara baru siap yang terletak di sebelah mahkamah putrajaya (Istana Kehakiman). lokasinya ni MHI akan bagi (sila rujuk gambar). bagi yang nak google maps tu, sila lah type

 Menara Ikhlas
Persiaran Perdana

Presint 3, Putrajaya

atau boleh waze Jabatan imegresen putrajaya menara ikhlas


Peta lokasi menara IKHLAS presint 3 Putrajaya
Sampai je di lokasi, MHI bergegas mencari parking. Ha untuk parking ni pun satu hal. jangan parking sesuka hati ye di Putrajaya ni. kang tak pasal-pasal kalau kena saman MHI tak tanggung. hehe. untuk parking boleh parking di tapak kosong di belakang mahkamah. parking di bahu jalan boleh tapi atas risiko sendiri ye. Sesampainya di tapak lokasi, korang akan dengan senang lenangnya nampak menara IKHLAS ni. bentuknya yang moden memang sangat tak masuk di putrajaya lagi-lagi terletak bersebelahan dengan bangunan batu (mahkamah dan jabatan kerajaan lain).

Menara IKHLAS presint 3 Putrajaya dari luar

Pintu masuk menara IKHLAS
Untuk maklumat, sebenarnya bahagian Passport imegresen ni hanya terletak di tingkat 3 menara IKHLAS ni. yang lain-lain tingkat semuanya kosong. Maka, untuk memasuki ke bahagian passport ni kena masuk dari pintu tepi dan bukannya pintu utama. masuk-masuk pengawal keselamatan tu akan tekankan butang lif terus untuk anda terus ke tingkat tiga. di bangunan ni terdapat juga perkhidmatan Alliance Bank.

bahagian dalam bangunan menara IKHLAS
Setelah memasuki tingkat 3 menara IKHLAS ni, hanya ada satu pintu untuk ke bahagian PASSPORT. Masa masuk je MHI terkejut, mak aih lawa nya ofis ni! tengok saja gambar ni siapa cakap tak lawa MHI hempuk dengan chopstick. kerusi untuk duduk semuanya mencukupi (tapi ingat, MHI datang awal pagi hari bekerja ye). namun perlu diingatkan, pejabat ni tidak menyediakan kemudahan tandas ye. so sesiapa terasa dia macam ada penyakit prostat tu paham-paham lah untuk pergi ke tandas dulu kerana proses buat passport boleh mengambil tempoh yang agak makan masa bagi yang ada penyakit ni hehe.

Untuk membuat passport, anda hanya perlu membawa duit dan IC. Ha, jangan terkejut. ya, hanya membawa duit, IC dan sudah semestinya diri sendiri ke tempat kejadian tu. ya, sebelum ni nak buat passport kat presint diplomatik tu beriya lah kena bawak gambar berukuran passport. namun, kini di pejabat ini memang telah menyediakan camera untuk anda berselfie semasa proses membuat passport tersebut. ianya free of charge. camera2 selfie ini terdapat di setiap kaunter memang akan anda guna masa nak buat passport tu. so bayaran yang dikenakan MHI tak tahu sangat since sekarang pun dah ada tukar harga (jadi lagi murah). Masa MHI buat harganya RM150 untuk 5 tahun. ini selepas diskaun kerana MHI guna alasan untuk sambung belajar. ingat ye, bukan sewenang-wenangnya boleh guna alasan ni, kena tunjuk bukti yang kukuh iaitu surat tawaran universiti luar negara, hehe.

resit rasmi bayaran passport
Selepas siap proses buat passport, selfie dan juga bayaran, maka akan dibekalkan resit rasmi kerajaan. dengan adanya resit rasmi ni, telah siaplah proses buat passport tersebut. siap proses saja ye bukan siap passport. pegawai imegresen tu cakap datang balik lagi sejam. maka MHI pun fikir lama sejam so MHI pun masa tu tercarik-carik tandas rupanya takde. jadi MHI buat keputusan pergi tandas kat rumah jelah hahaha. lepas sejam dari tempoh bayaran tu MHI datang balik pejabat ni dan terus ke kaunter kutipan PASSPORT. tunjuk la resit rasmi tadi, terus diserahkan passport baru MHI. Comel sungguh passport baru malaysia ni. tambahan pula dengan camera selfie berteknologi tinggi di pejabat ni, gambar lagi cantik dan HD, nampak la segala jerawat yang ada. huhu... lepas dah bergambar dengan passport baru MHI pun chow balik dan sambung tidur. huhu. sampai disini saja bye bye.

PS: Jika anda ada passport lama, passport lama tersebut perlulah dibawa juga ke pejabat untuk proses apa tah hehe. bayaran untuk passport perlulah dalam bentuk tunai. tiada debit mahupun credit card diterima. 

BLOGWALKING: untuk cerita lebih lanjut tentang buat passport di putrajaya boleh jemput singgah ke BLOG INI , BLOG NI mahupun THIS BLOG untuk english version. MHI perhati entri blog ni begitu infomatif dan lebih up to date termasuk list harga baru passport malaysia



13 comments:

Anonymous said...

tq tips yg menarik. rindu tuan tanah dah lama tak menulis

nhhas said...

tengs dik.
haritu tak blh komen kat blog awak.
disable katanya.

okay selamat study...

Suffian Hanani said...

Thanks..kawan pun dgn kompidennya g diplomatik td..tak jumpa terus on google..jmpa blog awak trus g menara ikhlas..time kasih ye..blajo betul2

Suffian Hanani said...

Thanks..kawan pun dgn kompidennya g diplomatik td..tak jumpa terus on google..jmpa blog awak trus g menara ikhlas..time kasih ye..blajo betul2

MHI said...

@Anonymous
terima kasih daun keladi

MHI said...

@nhhas
taktau la, MHI pun takdela pandai sangan benda-benda ni. sambilan je huhu

MHI said...

@Suffian Hanani
sama-sama. memang ramai lagi yang tersilap. selamat melancong!

Zuriani Y. said...

Lama tak queue nak tg turn?

Azmir Shah said...

Tumpang tanya. Surat beranak kenak bawak ka klau buat passport

MHI said...

@Zuriani Y.

masa saya pergi awal pagi, tak berapa lama pun.. boleh je tunggu situ

MHI said...

@Azmir Shah

IC saje dah cukup.

Unknown said...

Hari sabtu buka Tak? Tq

nor aqmar said...

kalau passport lama hilang camne ek?

kartikel

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...