12 July 2015

Jenis Penipuan Di Eropah Terhadap Pelancong

Salam hormat semua,

Umum mengetahui pelancong seringkali dijadikan target ataupun mangsa jenayah ringan ketika melancong di negara orang. hal ini tak terkecuali di seluruh dunia waima di benua eropah, asia, amerika mahupun antartika. Banyak sebab kenapa pelancong dijadikan target, salah satunya kerana pelancong tersebut sudah tentu tidak biasa berada di dalam persekitaran yang berbeza dari tempat asalnya dan hal ini membuatkan mereka agak leka dengan suasana sekeliling dan boleh dikategorikan seolah-olah seperti 'alien' di tempat orang.



Pepatah melayu menyebutkan 'masuk kandang kambing mengembek'. jap MHI tak sure pepatah ni relate ke tak. huhu.. ok apa pun sepanjang pengalaman MHI melancong di benua Eropah sepanjang tempoh belajar di sini, banyak pengalaman yang MHI tempuhi. yang manis, yang pahit, yang masam, semuanya ada. sebelum ni, MHI hanya dengar-dengar tentang kejadian penipuan atau scam di negara orang. kalini MHI sendiri yang perhatikan depan mata, macam-macam langkah orang jahat ni nak buat pasal dengan pelancong. Yang penting kita sebagai pelancong perlulah sentiasa berhati-hati ketika di negara orang. Jangan nak berlagak sangat dan sentiasa berwaspada setiap masa.

Selain jenayah biasa iaitu pickpocket atau penyeluk saku, banyak lagi cara-cara orang jahat ni untuk mengambil kesempatan terhadap para pelancong. Beberapa jenis penipuan yang sering berlaku di Eropah yang sempat MHI saksikan dengan mata kepala MHI sendiri boleh didapati di bawah:

06 July 2015

Buat PASSPORT di Putrajaya hanya SEJAM

Assalamualaikum dan salam satu malaysia.

Dalam post pertama buat era pemulihan blog ini, MHI nak share masa MHI buat passport di putrajaya pada tahun lepas iaitu 12/6/2014. pada zaman tu, MHI telah mendapat khabar berita baik iaitu MHI telah diterima untuk menyambung belajar di United Kingdom. Oleh itu, banyak persiapan yang perlu MHI lakukan sebelum berlepas ke tanah negara penjajah itu.

salah satu persiapannya sudah tentu membuat passport malaysia. masa dapat berita untuk sambung belajar di luar negara, mula la MHI dah terpikir, "eh dulu pernah buat passport dah". maka dibelek-beleknya lah peti besi kat rumah ni. lalu terjumpa la passport MHI zaman bila tah pun tak tahu. dulu dah pernah dah buat passport tapi zaman penjajahan jepun dulu. memang gunanya pun sekali je masa pergi jepun dulu tahun 2008. so memang dah tentu la tamat tempoh passport tu setelah berapa tahun. maka MHI pun membuat keputusan untuk membuat passport baru di Putrajaya.

passport malaysia

Harinya telah tiba untuk buat passport. MHI bangun seawal 6 pagi. cita-cita untuk mendapatkan angka giliran nombor 1 di pejabat kerajaan dari dulu masih belum tercapai. lepas bersiap-siap tu, dalam pukul 7.30 pagi dah gerak ke pejabat passport presint diplomatik. sampai-sampai MHI sangat-sangat terkejut. "MANA OFIS IMEGRESEN?". MHI tengok ofis imegresen di presint diplomatik hanya tinggal bangunan kosong. rupanya ada tampal notis kat pintu yang tertulis "PEJABAT IMEGRESEN BAHAGIAN PASSPORT TELAH BERPINDAH KE PRESINT 3".


Menghidupkan semula BLOG ini

Assalamualaikum dan salam muhibbah. setelah berapa kurun MHI tidak update blog ni, kini MHI mengambil kesempatan untuk menghidupkan kembali blog yang telah lama tersimpan dah macam tak bertuan. untuk maklumat tuan puan, sekarang MHI sedang menyambung degree di United Kingdom. menempuhi suasana dan ruang hidup yang berbeza di negara orang, pasti MHI diberi rezeki untuk melihat dan memerhati tata cara kehidupan di luar negara yang teramat jauh bezanya jika nak dibandingkan di Malaysia. tambahan, MHI rasa macam mempunyai lebihan masa di sini.

MHI di University Aberystwyth pada minggu pertama sampainya MHI disini 


Dengan ini, MHI rasa nak mengambil kesempatan untuk menggunakan masa yang ada untuk menulis semula di blog ini, iaitu blog yang sama. namun MHI bercadang untuk menukar pemplet blog agar menjadi lebih 'ringan' atas dasar zaman sekarang lebih ramai yang menggunakan telefon pintar atau smartphone untuk melayari internet. MHI juga tak terlepas selalu saja dengan berbekalkan telefon pintar iphone 5s untuk melayari internet kerana ianya lebih mudah alih dan mudah untuk mengakses internet dari pagi hingga sebelum tidur. hihi.

Maka dengan itu, MHI nak sambung menulis untuk post lepas ni. nantikan. hehe.\

PS: lepas ni MHI boleh la share pengalaman di UK juga. :D

kartikel

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...