30 November 2010

Ciri-ciri blog yang kurang digemari

GAMBAR: ni paling aku tak suka



Kita blogger baru? Tak ternama? Mesti pernah terdetik dalam hati kita kan, kenapalah blog aku ni tak ramai orang lepak-lepak. Komen pun tak banyak. Tak cukup bagus ke entri aku tulis ni? Bila masuk blog-blog yang ternama, kita terfikir. Apalah yang hebat sangat blog mamat/minah ni sampai ada 1,000 follower. Sama je macam blog aku. Kita pun cepat je buat kesimpulan, emm.. sebab dia ni model/artis kot, itu trafik blog tak putus-putus.
Walaupun kita seorang blogger, kita juga seorang pembaca. Takkan nak baca blog sendiri je, itu namanya blogger syok sendiri. Hehe. Jadi pernah tak kita rasa apa yang pembaca rasa bila baca sesuatu blog ni? Kita mesti sibuk nak komplen pasal blog tu, blog ni. Padahal kita pun bukannya bagus sangat. So, untuk entri ni saya nak berkongsi idea mengenai ciri-ciri blog yang kurang digemari oleh pembaca-pembaca.


1. Font CAPS LOCK
Dulu-dulu kita kat sekolah rendah ada belajar kan pasal penggunaan huruf besar dan huruf kecil? Tapi kenapa tak nak aplikasikan benda tu bila tulis blog? Sebab ada sesetengah blog yang suka guna CAPS LOCK dari tajuk sampai ke ending. Kalau emosi tak stabil, terus saya terus tekan tanda ‘X’ yang berwarna merah di bahagian atas sebelah kanan. Rugikan? Penat je kita buat blogwalking dan ping-ping entri blog.
2. Font colourful
Walaupun dah besar panjang ni, kita masih terbawa-bawa sifat ke’tadika’an kita tu. Tulisan semua kaler ada, meriah macam kanak-kanak tadika. Hehe. Tak salah rasanya kalau nak guna kaler-kaler tu untuk highlight point-point penting. Tapi seboleh-bolehnya elakkan penggunaan kaler-kaler yang pelbagai ni nanti pembaca boleh pening baca hasil tulisan korang. Penulisan korang yang menarik boleh jadi tak menarik sebab kaler tulisan ni. Seelok-eloknya guna tulisan kaler hitam je.
3. Lagu autoplay
Kalau ada yang lemah jantung, pembaca mungkin tersentak dengan lagu-lagu autoplay di blog korang. Ni kalau guna lagu-lagu rock dan rancaklah. Kalau lagu-lagu slow, mendayu-dayu rasanya ok lagi kot.
Mungkin ada 3 tindakan yang pembaca akan buat. Pertama: teruskan membaca blog korang sambil layan lagu-lagu tu. Kedua: mute sound system di laptop atau pc dan teruskan membaca. Ketiga: tekan tanda ‘X’ berwarna merah. Jadi buat apa nak tanggung risiko hilang pembaca? Kalau nak letak lagu, letaklah lagu-lagu yang bukan autoplay. So, pilihan pembaca nak dengar atau tak lagu-lagu tu.
4. Entri tiada perenggan
6 tahun kita kat sekolah rendah, 5 tahun kat sekolah menengah. Cikgu tak ajar ke kalau nak buat karangan kena ada perenggan? Bila kita membaca buku, novel dan sebagainya, kita kadang-kadang nak berfikir sekejap dan rehat-rehatkan minda kan. Macam mana kalau buku kita baca tu takde perenggan langsung. Mesti kita bakar je kan buku tu? Tak pun simpan je dalam tong sampah. Penulisan blog pun mesti ada perenggan. Bagi masa kat pembaca untuk rehat dan berfikir mengenai apa yang kita tulis di blog.
5. Tiada gambar
Bayangkan blog yang kita baca tu dahlah takde perenggan langsung, lepas tu gambar-gambar pun tak nak letak. Apakah? Kadang-kadang bila kita letak satu gambar tu, pembaca akan berfikir, apa kaitannya gambar tu dengan entri yang kita tulis. Kalau pembaca tu berfikiran abstrak, mesti dia kagum dengan blog kita dan terus dorang tekan ‘Follow’ dekat list follower korang. Kalau letak gambar-gambar lucu pun boleh melegakan sikit kepala sebab ada hiburan ringan di samping entri blog yang panjang.
6. Lambat load, banyak widget
Ini lagi satu halnya, nak sangat blog kita nampak gempak, macam-macam widget kita letak. Konon jelah nampak cantik tapi tak cantik pun sebenarnya. Kesannya, blog lambat nak load. Dahlah guna celcom, maxis, digi berukband yang slow nak m@#*& tu. Pembaca apa lagi, terus tekan tanda ‘X’, buang masa tunggu loading. Satu lagi kerugian buat korang.
7. Tulisan kecik sangat
Alahai, tulisan macam semut. Nak baca kena guna kanta pembesar baru nampak. Blog-blog yang tak mesra pembaca ni senang je, terus tekan tanda ‘X’. Apalah salahnya guna tulisan besar sikit, standardla saiz 12. Jangan guna saiz 8.
8. Tulisan sekejap besar sekejap kecik + ejaan gedik
Ni lagi satu kegilaan blogger-blogger baru, biasanya remaja-remaja perempuan yang masih bersekolah atau baru habis SPM. Konon nak ikut trend tapi bila baca blog macam ni rasa menyampah pun ada rasanya. Pembaca pun annoying dengan abjad yang dicampur-adukkan dengan nombor. Ingat citarasa korang tak semestinya citarasa pembaca jugak. Fikir-fikirkanlah.
Jika korang tak percaya apa yang saya cakapkan, cubalah jenguk-jenguk blog Justkhai atau Beautiful Nara. Ada tak dorang guna benda-benda kat atas tu.
Saya nak minta maaf jika ada pendapat-pendapat saya yang berbeza dengan kalian semua. Sila perbetulkan jika ada yang salah. Jika korang tetap berpendirian ‘blog aku, suka hati akulah’, sampai bila pun korang takkan maju. Lepas tu jangan nak tanya kenapa blog korang sunyi sepi. Lebih baik tulis dalam notepad dan save.


30 comments:

c3gh4p said...

lagu yang memekak automatik buat orang xnak masuk.jam digital kat sidebar pon buat orang tak masuk. macam la kat pc orang tu xd jam kan? load lambat plak tu.

myra idora frozzy said...

bagus info ni.. rasa byk pulak kurangnye blog saya.. huuu

Ain Rosmi said...

Sangatlah setuju!
Yet it still open to interpretation kan?

Lain lain orang lain taste.
But still, agreed!

muhamadsufian89 said...

info yg bagus..terima kasih ye.. :)

MHI said...

hai saudara c3gh4p... macam perli aku je... tau la aku bubuh jam kat sidebar tu.. hehe..
btw aku buh tu pun sbb nk tgk kalenda hijrah

MHI said...

betol2... memang lain orang lain taste dye.. huhu.. ni ikut taste aku..
btw cara paling senang nk buat blog nampak menarik, setiap post kene ade gambar, at least sekeping

nama.aku.lynn said...

100kali sokong!
especially part yg gy tulisan mcm org cacat tuu..mmg nyampah tahap maut punyaa..nak bca pon geliii..adoiii~

masturah idrus said...

masing2 ade cara tersendiri dalam berblogging.dan. teguran juga penting untuk maju.

good info up there. tapi satu ja yang saya tak berapa setuju, tentang meletak gambar. ya, ia elemen penarik bagi sesuatu entri itu. tapi daya penarik yang lebih kuat adalah isi entri itu sendiri. takkan lah tak letak gambar pun dapat title 'blog yang kurang digemari'. its kind of unfair. readers bukan satu jenis ja. ada banyak.

its just an opinion from a blogger just like you. keep writing! :)

MHI said...

selalunya orang2 yang gedik2 je buat tulisan macam tu

MHI said...

erm.. btol2.. aku menghormati pandangan ko.. cume pendapat aku, gambar yang dibubuh tu menjadi sumber pembaca untuk berimiginasi.. cuba bayangkan jika post ini(sebagai contoh) takde gambar.. kan bagos ade gambar.. sebab ade contohnya..

cuba bayangkan majalah2 seperti mastika, al islam, solusi, infiniti tak de gambar di mana2 bahagian entri nya.. mesti nampak bosan kan..

just my opinion

Jejaka Terhangat said...

fuhhh...memang terbaik la entri ni..thumbs up..=)

Jejaka Terhangat: Lelaki, Jawab Soalan Ni: Adakah Anda Nak Terima Gadis Yang Terlanjur Untuk Dijadikan Isteri?

nursarah puteri biru said...

bab lagu tu aku rasa tak semestinya.. ada je blog ger pempuan nih followers 6-7 ribu. pasang autoplay. tetap disukai ramai. komen pun kadang2 cecah ratus..


kalau mmg dah suka kat blog tu akan suka gak. hahaha

Fyzal said...

lagu auto play memang paling aku benci!

Tn.Punya said...

setuju sangat..semua tu aku pon tak suka.. lagi2 yg slow aku dah lah pakai berukban je..

Sylarius said...

Blogger yang pesen suka taruk jam kat sidebar. Macam kelakar ada.

Dah la diri kita ni dikelilingi jam. Kat dinding ada jam dinding. Kat atas meja ada jam loceng. Kat tangan ada jam tangan. Kat desktop, dah ada jam. Ada setengah tu siap ada widget jam lagi. Ini dah kat dalam blog pun, ai, ada jam lagi?

Liyna said...

setuju dgn nursarah puteri biru..
kalau tuan blog cantik, orang xkisah sgt pun..

tp biasanya budak2 sekolah la yg psang lgu autoplay..

sronok gak rsanya blog syok sndiri.. hahaha..dah takde orang lain nak baca kita baca sndiri..xsalah pun kan.. yg baca pun kwn2 kita jugak..

ctroma said...

No. 5,6,7 tu memang betul! Setuju sangat. Lagi-lagi yang post entry pasal tuu je, dari bulan lepas sampai bulan nie tak selesai-selesai..


~Anyway baguslah dapat improve blog sendiri, :D

aman said...

paling tak suka kalo lagu autoplay. abis bandwith mobile broadband. =P

Noridah said...

info berguna..

Scarlett O'Hara said...

pasal jam tu klu kecik je ok kot.tak mengganggu.Lagu pulak boleh nak letak tapi jgnlah letak yg kuat/ranvak melampau.sakit jantung kita.
Satu lagi nak tambah:Yg guna BI tu guna BI yg betul.Jgn main ikut suka je.Malu orang luar baca.

akmalhilmi said...

aku sokong
huhuhu

misz myza said...

betul.. lagu autoplay tu yang paling me x berapa nak gemar.. seolah-olah nak gitau kat semua yg dtg, dengar lal lagu ni.. Korang mesti lum dengar lagi kan.. Haiyaaa... Kalau nak share kat orang lagu apa yg kita sukar dengar, letak je list.. nanti pandai2 la pembaca nak play... huhuhuhuhu..

Semarak Api said...

stju ngn sume point2 tuh.kalo aku plg laju aku pgkh bile load ke page lmbt.huih..mls nk tggu.hehe

thnks for the sharing..:)

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Salam...

Tulisan CAPS LOCK sebenarnya memang tak sesuai even menulis di blog mahu pun wall FB..sbb kalau bg Mat Saleh.. mereka mengganggap seolah2 kita sedang menjerit.

Mar said...

plimg xsuka entri yang berwarna warni,..tpi blog ak okey ke erk,.hehe

Nurhidayah Bahari said...

good tip ;))

FiRdAuS RaShiD said...

akan dipelajari segala yang telah diberitahu...(newbies in Blogging)......yezzzaaa

Kaoshi said...

haha...
ejaan gedik = attention whore

Amirul Faiz Abd. Razak said...

Bagus perkongsian ini. :)

MHI said...

yang autoplay lagu tu aku tak suka kalo aku on9 mlm.. sbb asl2 syp tetibe bising.. mcm ape la...

tp yg warna tu kalo sesiapa yg pandai gune ok je.. lagi2 org yg berseni boleh je buat.. lagi cantik.. tp kalo yg x reti pakai tu takyah la gune... better hitam putih je

kartikel

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...